|
Produk ini digunakan secara Homoeopathy untuk membantu mengatasi masalah tenaga lelaki dan wanita yang lemah bagi meningkatkan keinginan dan keupayaan untuk keharmonian rumah tangga serta dapat membantu mengembalikan tenaga muda anda semula.
Muira Puama merupakan tumbuhan herba semulajadi yang tumbuh seperti semak-semak kecil atau pokok-pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 15 kaki di hutan Amazon Brazil. Bunganya berwarna putih dan mempunyai aroma wangi seperti bunga melati.
Bahagian yang bermanfaat pada tumbuhan ini adalah bahagian kulit dan akarnya yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Tumbuhan ini dapat membantu meningkatkan aspek-aspek psikologi dan fizikal seperti libido (nafsu syahwat), fungsi seksual, kekejangan menstruasi dan sindrom prahaid (PMS-Premenstrual syndrome), neurasthenia, masalah sistem saraf, masalah penghadaman, masalah sistem peranakan serta kes keletihan ringan. Di kalangan masyarakat Amazon Brazil tumbuhan ini sangat terkenal sebagai ‘afrodisiak’ yang digunakan oleh lelaki dan wanita .
Sebuah kajian klinikal yang dijalankan di negara Paris dan Perancis menunjukkan bahawa 262 pesakit lelaki yang mengalami lemah tenaga batin dan ketidakmampuan untuk mencapai ereksi dan 62% daripada pesakit yang kehilangan libido (nafsu syahwat) serta 51% daripada pesakit yang mengalami disfungsi ereksi merasa bahawa dengan pengambilan ekstrak Muira Puama dalam masa 2 minggu mengikut dos harian 1 hingga 1.5 gram ekstrak Muira Puama ianya terbukti sangat berkesan untuk meningkatkan semula aspek pskiologi dan fizikal fungsi seksual.
Kesan jangka pendek daripada pengambilan tumbuhan ini, ianya akan meningkatkan pengeluaran hormon seksual pada lelaki dan wanita. Muira Puama tidak mempunyai kesan sampingan walaupun ianya dianggap sebagai “afrodisiak”. Muira Puama juga mempunyai sifat anti-reumatik yang dapat membantu mengatasi masalah tekanan dan trauma. Para saintis juga percaya tumbuhan ini dapat membantu meningkatkan testosterone walaupun ianya masih tidak dapat dibuktikan secara klinikal.
Di Brazil dan Amerika Selatan, mereka menggunakan tumbuhan ini sebagai “Tonik Neuromuskular” untuk membantu mengatasi masalah asthenia, lumpuh, reumatik kronik, mati pucuk, selesema, ataksia dan gangguan sistem saraf pusat.
Di Eropah pula, mereka menggunakan tumbuhan ini untuk membantu mengatasi masalah mati pucuk, infertilities, neurasthenia, gangguan haid dan disenteri. Muira Puama mempunyai sejarah yang panjang di Negara Inggeris di mana herba ini dapat membantu mengatasi masalah disenteri dan mati pucuk.
|