You have no items in your shopping cart.

KHATIB CILIK
Muhammad Fathillah bin Yusri
Muhammad Fathillah bin Yusri telah dilahirkan pada 3/2/2002 di Hospital Pakar Metro Sungai Petani, Kedah. Semenjak kecil beliau telah mengambil makanan tambahan iaitu Kecergasan Otak keluaran Pusat Perubatan Homeopathy dan Biotherapies Abdul Rahim. Kecergasan yang luar biasa dapat dikesan semenjak beliau memasuki pendidikan awal kanak-kanak iaitu di PASTI Al Badru, Kampung Jerinng, Sik. Beliau sering menduduki tempat pertama dalam ujian peperiksaan pada tahap 5 dan 6 tahun. Beliau juge meneruskan kecemerlangan akademik di Madrasah Islahiah Diniah, Memali hingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran. Cita-cita murni beliau adalah untuk menjadi seorang doktor pakar yang hafiz Quran. Di samping itu, beliau aktif mewakili Pasti Kawasan Sik dalam aktiviti kokurikulum. Pada tahun 2008, beliau telah mendapat Johan dalam acara Hafazan Doa dan Surah, Johan Khutbah Jumaat sempena Iltifal PASTI Peringkat Negeri Kedah.
Seterusnya, beliau telah dinobatkan sebagai Johan Khutbah Ihtifal Pasti Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sri Mentaloon (kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah) pada tahun 2008. Sehingga kini, beliau merupakan barisan penceramah bebas yang sering diundang untuk menyampaikan ceramah agama. Gelaran mahsyur yang dibeikan kepada beliau adalah "khatib Kecil". Rakaman-rakaman ceramag beliau turut dijual dalam bentuk cakera padat serta dimuatkan dalam media cetak dan internet. Kini beliau sedang menuntut di Maahad Tahfiz Misbahul Munir, Parit Panjang.


